Menulis... Menulis...dan Menulis

on Wednesday, September 24, 2008

Semua orang pasti mempunyai minat yang tersendiri. ada orang minat untuk melakukan perkara-perkara yang extream,ada juga yang suka melakukan aktiviti-aktiviti santai.

buatlah,asalkan perkara tersebut tidak melanggar syariat, semuanya pasti akan mendatangkan kebaikan jika kita niatkan untuk beribadat.

saya sekadar menulis, sudah lama mempunyai minat untuk menulis,sejak dari sekolah lagi. pada masa tersebut membuat karangan adalah perkara yang menyeronokkan terutamanya karangan fakta.

ramai kawan-kawan yang suka menulis berkaita dengan drama, cerita-cerita ringan dan sebangainya,tetapi saya lebih suka memilih untuk menulis berkaitan dengan fakta. mungkin juga sebab saya suka membaca surat khabar yang jarang-jarang di baca oleh mereka yang seusia saya pada masa tersebut.

sekadar sedikit cebisan dari permulaan penulisan saya. saya menulis kerana saya minat menulis. biarlah apa yang orang akan kata, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.

Jadilah diri anda sendiri,kelak anda akan menjadi manusia terhebat di alam ini...



0 comments:

Iklan pilihan